Thursday, July 2, 2009

Pemain Baru MU


LONDON: Manchester United mendapatkan khidmat pemain sayap Ecuador, Antonio Valencia dari Wigan Athletic bagi kontrak empat tahun tetapi anehnya jumlah yuran tidak didedahkan, menurut kelab juara bola sepak Liga Perdana Inggeris itu, kelmarin. Pada masa yang sama, kelab itu juga semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penyerang muda Perancis, Karim Benzema dari kelab Lyon. Valencia, 23, yang bermain 34 kali untuk negaranya, menyertai United sebagai pengganti kepada Cristiano Ronaldo, yang bersetuju berpindah ke Real Madrid dalam pembelian rekod dunia.
"Bermain di hadapan 76,000 penyokong di sisi pemain seperti Wayne Rooney, Rio Ferdinand dan Ryan Giggs pastinya satu pengalaman menakjubkan. Saya tidak sabar untuk bermula," kata Valencia dalam laman web United. Valencia menjadi pembelian pertama pengurus United, Alex Ferguson sejak akhir musim lalu, dilaporkan bernilai sekitar 17 juta pound (RM98.6 juta). "Antonio seorang pemain yang kami minati sejak sekian lama. Saya pasti kepantasan dan keupayaannya akan dapat memberi sumbangan bermakna kepada pasukan," kata Ferguson.
Valencia
Pemain Ecuador ini melakukan 89 penampilan, menjaringkan tujuh gol, sejak menyertai Wigan dari kelab Sepanyol, Villarreal pada 2006. Dan pada hari United mengumumkan pembelian Antonio Valencia, rakan sekelab Benzema di Lyon, Miralem Pjanic, mendakwa bahawa penyerang Perancis itu di ambang perpindahan rekod British ke Old Trafford. "Benzema semakin hampir ke Old Trafford," kata Pjanic. Kelab Inggeris itu bersedia menawarkan sehingga 38 juta pound (RM220.4 juta) untuk membawanya ke Liga Perdana." – Agensi
- http://www.Bharian.com.my

No comments:

Post a Comment