Friday, July 3, 2009

MU Akan Memakai Jersi Baru Menentang Skuad Kebangsaan

JUARA Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan memakai jersi terbaru mereka untuk musim depan pada pertemuan persahabatan menentang skuad kebangsaan pada 18 Julai nanti. Jersi untuk musim 2009/10 itu kali pertama dipakai musim ini menggambarkan tempoh sejarah gemilang kelab itu di at Old Trafford selain semangat melawan dan keazaman untuk menundukkan lawan mereka. Jersi baru itu memaparkan jalur besar di bahagian dada, corak sama dipakai United ketika musim 1909-10 ketika kali pertama Old Trafford dibuka.
Pengeluar barangan sukan Nike akan mula menjual jersi berkenaan pada 16 Julai ini dengan sambutan hangat dijangkakan selepas kejayaan kelab itu meraih 20 trofi utama sejak 20 tahun lalu. Peminat kelab berkenaan boleh memakai jersi baru terbabit ketika kunjungan kelab itu nanti dengan tempahan awal boleh dibuat bermula kelmarin hingga 13 Julai. Mereka boleh membuat tempahan di cawangan Nike di Sunway Pyramid, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Suria KLCC, One Utama dan cawangan Al-Ikhsan di Bukit Bintang Plaza, Sunway Pyramid, Alamanda serta Shah Alam

1 comment: