Friday, July 3, 2009

Benzema Sah Ke Real

BENZEMA setuju kontrak enam tahun bersama Real Madrid.
Lyon setuju jual pada harga cecah RM234.5 jutaLYON: Lyon bersetuju menjual penyerang Perancis, Karim Benzema kepada Real Madrid, kelmarin, dalam perjanjian dianggarkan mampu mencecah sehingga AS$67 juta (RM234.5 juta). Dalam kenyataan di laman webnya, kelab itu mengumumkan bahawa Real akan membayar yuran perpindahan minimum AS$57.4 juta (RM201 juta) yang mampu meningkat sehingga AS$67 juta menerusi pembayaran bonus prestasi pemain itu.
Madrid mengesahkan perpindahan itu sudah dimeterai, dengan Benzema bersetuju untuk kontrak enam tahun. Pemain itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh secepat mungkin. "Lyon menerima keputusan Karim Benzema dan sudah berbincang syarat perpindahan yang memuaskan hati semua pihak. Kelab ini mengucapkan selamat maju jaya kepada Karim bersama Real Madrid," menurut kenyataan itu. Kelab gergasi Sepanyol itu mengatasi saingan sengit Manchester United buat memikat Benzema, 21, yang diperakui sebagai antara pemain muda paling memikat di Eropah.
Jurulatih Lyon, Claude Puel berkata masanya sudah tiba untuk menjual aset terbesar kelab berkenaan. "Ia adalah peluang untuk Karim Benzema. Dia jelas sudah memikirkannya, dan kami bersetuju menunaikan permintaannya. Semua aspek kesukanan dan kewangan sudah diambil kira dan kami memutuskan untuk melepaskannya," katanya. - AP

- http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment